KAWAN-KAWAN TERSAYANG

CATATAN PALING POPULAR YANG MENJADI PILIHAN PEMBACA SEPANJANG MINGGU INI

Thursday, January 26, 2012

Pak Nill guna 9 produk penjagaan wajah ... Rasa muka ni bogel pula apabila tidak mengenakan apa-apa


"Kebanyakan lelaki selalu menganggap remeh tentang penjagaan wajah mereka. Bagi mereka itu perkara yang leceh. Lain pula dengan saya yang sudah mula menjaga wajah pada usia muda. Jika dahulu hanya tiga produk sahaja, sekarang ini saya pakai sembilan jenis yang antaranya seperti krim mata, pemutih, serum, penegang kulit, dan pelindung matahari selain tiga pembersih utama pencuci, penyegar dan pelembap. Rasa muka ini seperti bogel pula apabila tidak mengenakan apa-apa,"

Pengacara Aznil Nawawi mula terdedah dengan penjagaan wajah seawal usia 12 tahun dan sehingga sekarang telah menggunakan sebanyak sembilan jenis produk kecantikan. Aznil berkata, pada usia tersebut dia sudah mula praktik menggunakan tiga jenis produk wajib iaitu pencuci, penyegar dan pelembap. Tambah pengacara rancangan Clever itu, dia akan meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk merawat wajahnya sebelum keluar rumah melakukan rutin hariannya. Dan jika tidak meletakkan sebarang pelembap wajah, risiko untuk terdedah dengan cahaya matahari lebih mudah selain kurang berkeyakinan diri apabila bertemu dengan orang ramai. Menurutnya,  sesiapa sahaja yang menjaga raut wajahnya akan berasa lebih berkeyakinan berbanding yang tidak berbuat apa-apa. Pada masa yang sama juga kita akan lebih maju daripada segi karier kerana personaliti yang dibawa itu. Sementara itu, pengacara itu berharap agar kariernya diangkat lebih tinggi dengan melakukan satu kelainan untuk menghiburkan peminat-peminatnya yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.

Komen Syok Sendirilah ...

Wajah awet muda tak apa Pak Nill, jangan perangai pun tak berubah seiring dengan usia. Nanti orang cakap macam “orang tak betul” sahaja mamat ni. Tahniahlah sebab terus bertahan dalam dunia seni walaupun dah kertu. Pak Nill pun dah tak banyak kontroversi, tak macam seorang artis tu, makin tua makin teruk pulak perangai. Asyik nak bergaduh dan cari pasal sahaja dengan orang lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...