KAWAN-KAWAN TERSAYANG

CATATAN PALING POPULAR YANG MENJADI PILIHAN PEMBACA SEPANJANG MINGGU INI

Friday, June 10, 2011

ARTIS ANTARABANGSA : GAMBAR BOGEL JLO BAKAL DIDEDAH OLEH BEKAS SUAMI


LOS ANGELES: Bekas suami pertama penyanyi seksi terkenal, Jennifer Lopez dikatakan hampir mencapai satu perjanjian mega untuk menjual aksi panas video bulan madu mereka kepada sebuah laman web lucah.  Namun, peguam superstar itu yang terkenal dengan singkatan J-Lo, berharap untuk menyekat penyiarannya dengan menguatkuasakan satu injunksi kekal bagi menghalang Ojani Noa daripada mendedahkan pita berkenaan yang memaparkan penyanyi itu tidak berpakaian. Noa yang berkahwin dengan J-Lo selama 11 bulan pada 1997, menemui satu aspek kelemahan dalam undang-undang injunksi itu minggu lalu menyebabkannya berusaha untuk menjual pita berkenaan bagi meraih keuntungan besar.

Seorang hakim di sini menyokong teman wanita Noa ketika ini, Claudia Vazquez yang membeli rakaman 27 jam itu termasuk 20 minit rakaman bogel dengan harga AS$1 (RM3) daripada Noa.  Vazquez menuduh J-Lo menjejaskan kehidupannya dengan menyekat rancangannya untuk menghasilkan filem yang mengambil adegan dari pita terbabit.  Pengurus Noa, Ed Meyer berkata, beberapa bidaan membeli video aksi panas itu bermula dengan tawaran beratus ribu dolar dan dijangka melonjak.  Ketika mendedahkan bahawa banyak laman web lucah yang mahukan pita itu, Meyer berkata: “Jika ada tawaran menarik sudah pasti kami menerimanya.”  Kate Miller dari web Pornhub, laman web lucah setanding dengan YouTube, berkata mereka sudah memperuntukkan satu tempat dalam ruangan selebriti laman berkenaan.  Meyer menegaskan, Noa boleh memasarkan rakaman panas itu kerana J-Lo yang membenarkannya merakam dan memberinya pita itu apabila mereka berpisah. 

Meyer memberitahu, Kevin Blatt yang menjadi broker isu pita seks Paris Hilton tidak lama dulu, turut berminat untuk menonton pita berkenaan.  Laman web TMZ mendakwa, antara aksi panas bekas suami isteri itu termasuk adegan memukul punggung.  J-Lo kini berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony, merancang untuk merayu menentang keputusan hakim.  Noa dilaporkan berjuang untuk mendedahkan pita itu sejak 2007. – Agensi 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...